Tuesday, June 27, 2006

Budi Bahasa Budaya Kita

Ramai yang melenting.
Ada yang inginmemboikot RD.

aku?
setuju sangat dengan RD.

Sedarlah!
Kita tidak sesopan yang kita sangka.
Kita berpura-pura di hadapan pelancong.

pandangan yang lebih padat : elkapitan

P/s : Semasa berbual-bual kosong dengan sahabat ku, baru aku sedar bahawa dia tidak tahu pegawai yang bekerja di kaunter ( bank, imegresen, pendaftaran etc ) perlu bersifat ramah dengan pelanggan. Dia menganggap segala 'kekasaran' yang mereka lakukan sebagai sifat kerja yang profesional.

Saturday, June 10, 2006

The other side of ......

KYUEM.
Selain kejelikan manusia yang aku lihat di sini.
Keagungan darjat dan harta.
Kuasa klik dan paras rupa.

Aku juga mula memahami nilai-nilai murni..

Berani.
Itulah yang aku perlukan untuk terus hidup jauh dari Semporna.
Berani untuk sesat di tempat baru.
Berani untuk mencuba kenderaan yang aku tidak pernah lihat.
Berani untuk membuang ego, bertanya pada mereka yang lebih tahu.
Berani untuk bersendirian.

Tangungujawab.
Kepada ibu bapa yang manaruh harapan.
Kepada diri sendiri, hanya aku yang boleh menentukan baik buruk sesuatu itu untuk aku.

Tolong menolong.
Ucapan terima kasih tidak cukup untuk menggantikan ubat dan prihatin yang diberikan kepadaku oleh ‘chaletmate’ aku ketika aku sakit.
Senyuman mesra tidak cukup untuk aku ukirkan kepada orang-orang yang membantu ketika aku terkunci bilik sendiri.
Wang ringgit tidak cukup untuk diberi kepada mereka yang menumpangkan aku ketika aku tiada tempat berteduh.

Persahabatan.
Aku mula menghargai betapa indahnya persahabatan yang kami pertahankan sejak 6 tahun yang lalu.
Merekalah yang akan menghulurjan bantuan di saat aku benar-benar memerlukan,
Tanpa perlu aku meminta.

Ketekunan.
Itulah yang diperlukan untuk berjaya.
Keupayaan semulajadi tidak akan bererti tanpa usaha.
Mereka yang sambil lewa, akan mendapat balasan yang setimpal.

Betapa banyak pun kejelikan yang aku saksikan di sini.
Kebaikan yang sedikit ini sudah cukup untuk membuat segala-gala yang ada di sini amat bererti.

Friday, June 09, 2006

Kami Belajar Bukan Kerna Nama

Dua tahun di Lembah Beringin,
Mengajar aku sesuatu yang bermakna.
Hiprokit, umpatan, kejengkelan,
Kasta, ‘double standard’, kemasyhuran dan wang.

Di sini, aku belajar
Aku hanya perlu menonjolkan imej yang baik.
Maka, buatlah umpatan, tengkingan, aniaya, kejengkelan
Semahu mahunya.
Aku tetap dilabel sebagai tidak bersalah.

Di sini juga, aku belajar
Tuntutlah ilmu kerana kerja
Kerana gaji
Kerana pandangan masyarakat.
Jauh sungguh kami terpesong,
Kerana… kita sepatutnya belajar demi Yang Esa.

Di sini, aku mula memahami
Betapa kejamnya dunia.
Tiada lagi istilah kawan ketika engkau susah.
Apa yang penting,
Keperluan sendiri sudah selesai.
Kawan yang tertinggal, itu salah mereka.
Mereka yang tidak peka.

Di sini, aku faham
Apa itu hipokrit.
Berbekalkan label sahabat di hadapanmu.
Ketahuilah, sedikit kejengkelan yang kau lakukan
Kau akan dihukum semahu-mahunya.
Menjadi umpatan dan jenaka.

Apa kelayakan aku untuk menegur mereka.
Sedangkan aku juga sama.
Aku berharap saat-saat aku di sini berlalu dengan pantas.
Aku tidak sanggup lagi belajar kerna nama.

p/s : Mungkin kami sudah lupa di awal minggu kami di sini, kami menyanyikan dan memahami lagu 'aku menyanyi bukan kerna nama' ( Ramli Sarip )

Saturday, May 27, 2006

Budi Bahasa Budaya Kita

Kami buat passport.

BABAK 1
Salah isi. sebab TIADA PANDUAN untuk diikuti.
BELI borang untuk kali kedua.
Kakak Penjaga Kaunter : Berapa kali saya kena bagi awak borang ni? ( nada yang menyakitkan hati )

BABAK 2
Beratur untuk membuat fotokopi.
Pakcik di depan meghulurkan RM10.
- duit kecik tiada ka ? ( meninggi suara )
+ tak de la apek
.
apek , menjeling.

BABAK 2
- Bang, akak kat kaunter 9 suruh saya datang sini ambil dokumen-dokumen saya.
+ apa?
- akak kat kaunter 9 suruh saya ambil dokumen-dokumen saya kat sini. Tadi, saya buat passport.
+ apa?
- Saya asal dari Sabah, nak buat passport tadi. Akak kat kaunter sana tue suruh saya ambil balik dokumen saya kat sini pukul 11 pagi.
+ Lain kali bagitau la nak buat passport Sabah Sarawak. Kalau tak macam mana saya nak cari dokumen awak. Sampai esok pagi pun tak jumpa.
- (dalam hati) aku mana tau aku bukannya kerja di jabatan imegresen.


3 contoh tipikal tentang perkhidmatan agensi kerajaan.
Kenapa orang awam perlu disalahkan sekiranya berlaku kesilapan,
sedangkan kami tidak pernah diberitahu temtang prosedur.
Datang ke sana mengharapkan PERKHIDMATAN anda. Lagipun bukan percuma. Kami Bayar RM150.00.
Kami bayar bukan untuk ditengking!

Friday, May 19, 2006

Di sebalik kesempurnaan........

Sempurna pada zahirnya.
Sekumpulan manusia cemerlang,
Menghabiskan 24 bulan,
bersedia, berusaha melayakkan diri untuk belajar di negara penjajah.

Di sebalik kegemilangan yang kami banggakan,
terselit satu rahsia......

Harapan-harapan bangsa itu,
Merasakan mereka lebih baik daripada yang lain.
Bantu membantu?
Wujud, cukup sekadar buat mereka rasa tidak bersalah.
Setiakawan?
Wujud, hanya kerana kami tidak sanggup kesunyian.
Prihatin?
Wujud setelah kau meminta.

Pandangan serong?
Lalikan dirimu dengan kata-kata dan soroton mata mereka.
Terlalu banyak.
Kemasyhuran? adalah subjek utama.
Wang? adalah segala-galanya.

Mencari seorang teman sejati?
Lupakan saja.

Thursday, April 06, 2006

dilema pala'u

semalam. aku menonton eksotika malaysia. astro ria. secara tidak sengaja.
isu? tentang masyarakat bajau laut di semporna. buat aku rindu dengan kampung halaman.
buat aku berfikir seketika.

mereka tinggal di dalam lepa (bot) di sekitar perairan semporna dan filipina.
makan ubi kayu berlauk ikan masin dan ikan rebus.
tidak pernah merekod asal-usul mereka secara bertulis mahupun lisan.
nelayan dan penyelam yang sangat cekap.
terdedah kepada dunia luar. tetapi mereka tetap memilih untuk kekal dengan dunia mereka.
lepa mereka tiada penghadang. bagaimana mereka melakukan seks? di hadapan anak-anak?

mereka sangat ketinggalan dalam pendidikan.
bertutur hanya dalam bahasa bajau yang sukar difahami.
kebanyakannya tidak beragama.

perlukah kita membiarkan mereka dengan cara hidup mereka?
atau memaksa mereka memilih gaya hidup baru.
merosakkan keunikan semporna. memupuskan satu lagi suku kaum di dunia?

Tuesday, March 28, 2006

bahasa kasar

orang pakar bahasa memang begitukah?
memang itukah cara membuatkan orang teruja membaca tulisan kita?

aku ada cikgu Bahasa Melayu yang ikut suka hati
mau sebut perkataan apa-apa pun di kelas. tegur student, dengan mulut lancang, tapi buat aku hormati dia.

aku ada cikgu bahasa Inggeris yang punya perangai yang sama.

aku membaca blog orang yang suka menulis kasar.

aku pelik. sebab bahasa kasar itulah buat kelas BM aku menarik.
kelas IELTS aku menyeronokkan, dan aku bersetuju dengan hampir semua pendapat penulis blog itu.

Tuesday, March 21, 2006

sudah hilang nilai-nilai kemanusiaan?

apakah definisi kawan bagi kamu?

seseorang yang sentiasa bersama kamu?
seseorang yang ada jumpa kalau tertekan?
seseorang yang anda suka menghabiskan masa bersamanya?
seseorang yang menjadi sumber gosip?
seseorang yang selalu berjaya membuat anda ketawa?
seseorang yang sentiasa menghilangkan rasa bosan anda?
seseorang yang berpesan kepada kebaikan, tetapi juga menunjukkan beberapa keburukan yang ada?
seseorang yang memberi ilmu pengetahuan?

kalau begitu,
kawan baik aku adalah TV.....
tapi dia bukan 'seseorang' dia adalah 'sesuatu'......

Thursday, March 16, 2006

KYUEM : padang nan hijau dan rata

padang itu sudah cukup baik.

tetapi pada satu hari. beberapa kenderaan raksasa yang aku tidak tahu namanya datang.
memusnahkan rumput-rumput yang pendek itu.

pelajar lelaki ralat.
x lagi bola waktu petang.
mereka berhijrah ke padang mini sebelah chalet perempuan.
perlawanan persahabatan KMB-KYUEM terpaksa diasakan di U***.

pelajar perempuan larat.
sungguh jauh mereka kena berpusing untuk ke MPH dan kolam renang.

kami membuat pelbagai spekulasi.
"kolej nak buat stadium kot"
"tapi kenapa kena tanam batang paip? Dorang nak buat chalet baru kot."
"aku rasa sebab padang nie la kita tidak dapat pegi sabah untuk ecotrip."

keselesaan kami tercalar.
bau tanah yang x enak.
habuk yang berterbangan.
bunyi bising jentera yang berpanjangan.

ahh....
anak-anak rumput dah tumbuh.
o0o0o0o0... paip itu untuk siram rumput rupanya.
ramai yang berangan-angan untuk mandi disirami air pancut padang.
ada house yang buat video klip berlatar belakangkan air pancut.
tapi yang aku pelik, rumput di tepi padang itu lebih subur (???)

padang itu sudah rata.
rumput sudah berkali-kali dipotong.
kenapa masih x boleh digunakan?
o0o0o0o0... rupa-rupanya dorang nak buat jalur-jalur macam padang di Old Trafford.

perintah x boleh berjalan di sebidang tanah itu ditarik.

budak lelaki.
x sabar untuk bermain bola.

budak perempuan.
duduk ditepi.
peluang untuk melihat si dia yang disukai.
modal untuk mengutuk si dia yang dijengkelkan.

dan hidup kami..... kembali seperti dulu.
x lagi padang untuk dispekulasikan.

Monday, March 13, 2006

KYUEM : Nostalgic Night - from 50's to 80's a blast from the past

Seriously BORING!!!!!!!

aku benci video yang syok sendiri.
aku benci sketsa yang bisu. ( kolej nie tiada mikrofon kah? )
aku benci terpaksa duduk di kawasan house sendiri.....

aku suka hiasan meja yang setiap house buat.
aku suka nasi lemak, sambal kerang, sambal sotong, ayam gorng, telur goreng, lemang, rendang, Air BAtu Campur, kuih-muih, limau, tembikai, honeydew dan air bandung.

video : susah sangat untuk faham jalan cerita yang ingin disampaikan. video gelap. dan idea yang berulang-ulang dan sama untuk setipa house. I actually went to take more food and wast my hand and snap pictures....... tidak seperti dulu, aku suka tonton video yang budak kolej nie buat.

sketsa : sapphire ( you had succesfully make half of the senior balik chalet and belajar )
garnet : another sketch yang x difahami
topaz : and another! ( tapi kareografi korang sangat lucu )
diamond : akhirnya, ada jugak sesuatu yang aku boleh faham. Reality TV tahun 80-an. aku rindu dengan lagu tiada lagi kidungmu, sejati etc..... dan pemenangnya ditentukan menggunakan, bukan SMS tapi angkat tangan. hehhehe.......



awards :
Most creative house : Topaz
Most Groovy house : Diamond
Most supportive : sapphire
Most (aku pun lupa apa) : Garnet

video : 1-diamond
2-sapphire ( ??? siapakah juri?
3-topaz
4-garnet ( kenapa kamu suka perasan apa yang kamu buat itu lucu??

tapi kenapa tiada best dress? - apa gunanya kami dressing maut?
kenapa tiada lucky draw? - supaya orang boleh show off baju.

overall winner ( based on decoration, sketch and video ) : the most nosatgic house is TOPAZ!!!!!

super junior mini CP
aku suka jalan cerita dorang.
ada yang betul-betul berbakat dalam lakonan dan tarian.
but your video was sucks!!!!
perlukah memaparkan biodata korang untuk tatapan seluruh warga kolej?

junior!!!!..... please, produce more innovative and creative idea for video and drama..... i'm tired of all the syok sendiri and budget best korang!!!!!!

Monday, March 06, 2006

jam loceng

kalau tau x dapat bangun
jangan kunci jam itu,

sebab teman serumah akan tertekan dengan bunyinya!

Friday, March 03, 2006

KYUEM : Battle of the Bands

aku hanya tgk 2 persembahan yang akhir.
dan aku rasa sangat terhibur.

kawan aku kata, tidak rugi datang lambat sebab band yang awal tidak best pon....

pengajaran yang aku dapat, you don't need a great vocal to entertain people.... attitude is enough.

pemenangnya,

best vocalist : bad ( greenpepper)
best guitarist : bonzer ( greenpepper )
best drummer : nath ( liz and the lizzard )
best band : ( liz and the lizzard )

kawan?

dia rasa dia tau semua sebab dia tinggal di suburban
dia sentiasa cuba untuk tampil berbeza
dia rasa dia sentiasa betul
dia rasa dia tidak boring
dia fikir dia banyak idea yang kreatif
dia rasa aku menjengkelkan
dia fikir dia tau apa yang aku fikirkan
dia fikir aku sentiasa berpura-pura untuk nampak "cool"
dia memberi perasaan x selesa kepada aku.......

tapi dia kawan aku.
apa perlu aku buat?

Sunday, February 19, 2006

Bos VS pekerja

Pekerja ( malayu seperti biasa) : bos cina memang kedekut. K****. x faham orang balik lewat sket ke ofis sbb nak zohor.

Bos (cina seperti biasa) : Budak Melayu itu aa.... susah wooo, manyak malas. mau duit manyak kirija sikit.

tapi semua pendam dalam hati.

KYUEM : Bangsawan

Klik sini untuk gambar dan review yang lain.

ini adalah acara paling aku suka dan nanti-nantikan di KYUEM.
menurut buku acara, bangsawan is a form of Malay opera.
sebagai seorang penonto yang sangat berminat, ini adalah pandangan aku :

sapphire - Mengonar Sahifah
sinopsis : percintaaan Sultan Megat (Wan Anuar) dan Sultanah Nilam Puspawijaya ( Amira Anis) diuji apabila bagindaterpaksa keluar ke medan perang. Sultanah telah difitnah oleh Maharani Dian Inderawati ( Wawa ) curang kepada baginda sultan. Sultan mempercayai maharani dan membunuh Sultanah apabila kembali ke istana. Tembelang maharani terbongakar apabila sumpah Sultanah benar2 terjadi.
seperti biasa. biru di mana-mana. aku suka dgn lampu biru baang. aku suka dengan lakonan mantap amira anis. tapi bagi aku, costume sapphire tahun lalu lagi mantap daripada tahun nie. bulu roma aku meremang menonton menonar sahifah.

Garnet - Tongkat Membawa Rebah.
sinopsis : aku x berapa faham cerita nie sebenarnya. yang aku faham, salah seorang daripada pembesar menderhaka dan akhirnya dia diperangkap oleh sultan (Dzorif Don) yang menyamar mangkat.
lakonan Raja Masai ( Pi'e ) sangat lucu bagi aku. walaupun aku x pasti apa peranan mereka dalm cerita nie.

Diamond - Derita Dursina
sinopsis : Dursina ( Nasyi ) anak kepada Laksamana Tun Narsari ( Mohd. Shahrin ) kahwin dengan Orang Kaya Tun Andasih ( Tg. Ahmad Ridhwanuddin ) tapi Sultan ( Nico ) murka sebab dia minta jugak dgn Dursina. pas tue aku mula tak faham, tapi last sekali salah seorang daripada pembesar tue meninggal muntahkan darah sebab disumpah sultan.
aku x suka prop rumah yang besar gedabak tue. tapi aku suka tarian yang seksi dan menggoda. hehhehe......

Topaz - Indra Andika
sinopsis : persahabatan 3 sahabat Indra Andika (hanif), Adit (Hanis) dan Megat (Totoque) mula tergugat apabila Indra berjaya mengahwini Dahlia (Dalila) dan dilantik sebagai Laksamana kerana Megat cemburu. Megat menabur fitnah bahawa Dalila berlaku curang dgn Adit. Megat percaya dan membunuh Dahlia.
backdrop hutan tue sangat lawa (backdrop last year tue). aku suka tarian zapin lawak dorang. aku suka lakonan mantap Megat Pinky. Lucu dan menghiburkan.

Komen Ketua Juri ( En. Shahrul, pensyarah di ASK ) :
aku rasa teguran2 yang dia berikan sangat berguna untuk produksi bangsawan tahun depan. antaranya : pasal protokol2 istana ( adat berkabung). kesesuain pakaian ( pakaian pembesar jangan over daripada sultan). jangan guna lagu2 komersial. silat kena diiringi paluan gendang. sultan keluar istana pakai capal. n tarian kena menghadap sultan, bukan penonton.
menurut beliau, he don't think his student manage to do bangsawan as good as us. KYUEM rulez!

pemenangnnya ialah :
Juara SMS : Garnet
skrip terbaik : topaz
props n backdrop terbaik : diamond
teknikal terbaik : diamond
pengarah terbaik : sapphire
costume terbaik : diamond
kareografi terbaik : diamond
pelakon lelaki terbaik : megat ( totoque ) - topaz
pelakon wanita terbaik : Sultanah Nilam Puspawijaya (amira anis) - sapphire
pelakon lelaki pembantu terbaik : Raja Masai ( Pi'e ) - Garnet
pelakon pembantu wanita terbaik : Maharani Dian ( wawa ) - sapphire
drama terbaik : SAPPHIRE

i personally think, Topaz is the best!

NB : gambar akan dipostkan kalau dapat carik.

Friday, February 17, 2006

How to pass your ICT exam?

be perfectionist.

Thursday, February 16, 2006

TRAGEDI

CSI wannnabe + kisah benar yang di upgrade.